Petua dan Herba



Saya membesar di kampung dan sudah biasa dengan kehidupan cara orang kampung termasuklah amalan2 yang telah sekian lama dipraktikkan oleh nenek moyang kita dahulu kala.
Pada zaman dahulu sekiranya kita mendapat musibah seperti penyakit atau kemalangan kecil, mana sempat kita nak cari klinik swasta sepertimana sekarang ini. Selalunya apa yang ibu atau bapa kita buat ialah dengan cara PETUA (pesanan orang2 tua).

Contohnya yang paling lazim kita biasa dengar ialah kalau kita mengalami luka kecil seperti terjatuh ketika berlari, apa yang kita perlu buat ialah ambil daun kapal terbang dan kita usarkan ditapak tangan sehingga keluar jus daun tersebut lalu ditempekkan pada tempat yang luka tersebut. InsyaAllah dengan cara begini kita dapat menghentikan pendarahan dan mempercepatkan sembuh luka tersebut.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, terlalu banyak petua yang diturunkan oleh nenek moyang kita dahulu. Tanpa kita sedari boleh dikatakan hampir semua petua2 itu berkait lansung dengan penggunaan bahan2 semulajadi sebagai bahan asas untuk dijadikan sebagai penyembuh, merawat, disamping menjaga kesihatan dan kecantikan diri.

Sejak daripada di bangku sekolah lagi saya amat berminat untuk mengetahui serta mendalami ilmu petua2 tradisional yang tak lapuk dek zaman. Cuma bezanya kini disebabkan pengaruh minda yang amat dahsyat daripada penjajah ke atas bangsa kita sehingga menjadikan kita lebih mudah percaya dan yakin kepada ubat-ubatan moden.

Sememangnya saya tidak nafikan bukan semua 100% penyakit dapat disembuhkan dengan cara perubatan tradisional, namun jika kita lihat daripada sudut yang berbeza, maka kita akan sedar betapa sumber alam semulajadi ini sebenarnya amat berkait rapat dengan manusia serta banyak memberi manfaat kepada manusia dan alam sejagat.

Filosofi perubatan moden barat umpamanya menekankan lebih kepada proses rawatan daripada pencegahan. Maksudnya selepas kita dah sakit barulah kita pergi mendapatkan rawatan moden. Apa yang cuba saya sampaikan di sini ialah dengan mengamalkan amalan petua daripada nenek moyang kita, insyaAllah secara tak lansung kita dapat menghindari diri kita daripada mendapat sakit kronik seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis (diabetes) dan sebagainya.


Promosi sarang burung Gua Sarawak Asli:
http://lfi2ubn.blogspot.com/

Lihat saja pada jangka hayat nenek moyang kita dahulu, boleh mencecah sehingga 100 tahun lebih sedangkan zaman dulu2 belum ada farmasi2 komersial seperti sekarang ini yang tumbuh bak cendawan. Rata-rata banyak menjual makanan kesihatan tambahan serta vitamin2 generik. Namun begitu apa yang dapat kita perhatikan jangka hayat kita sekarang ini tak juga sebaik zaman nenek moyang kita dulu. Menurut kajian yang dijalankan di Malaysia, purata jangka hayat bagi kaum adam ialah 72 tahun manakala bagi kaum hawa pula ialah 76 tahun.

Saya amat tertarik untuk mengupas filosofi perubatan tradisional Melayu, China, Ayuverda dan sebagainya yang banyak menumpukan kepada penggunaan herba dan akar kayu dalam penyediaan makanan kesihatan tambahan. Yang paling menarik sekali ialah amalan mengambil ulam-ulaman setiap hari yang terbukti amat berkesan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak anda semua sama2 berkongsi pengalaman kita semua tentang khasiat dan kebaikan segala jenis ulam, pokok, herba, rempah-ratus, amalan penjagaan diri, amalan lepas bersalin dan sebagainya yang dapat kita jadikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan kita sehari-harian.

Saya amat mengalu-alukan serta berbesar hati sekiranya tuan-tuan dan puan-puan, anda semua, tidak kira siapa saja yang sudi menyumbangkan ilmu pengetahuan, pengalaman yang berharga, apa saja bentuk ilmu berkenaan petua, amalan tradisional, perubatan herba dan sebagainya di dalam blog ini. Ini merupakan salah-satu sumbangan ikhlas yang berbentuk sedekah jariah ilmu yang bermunafaat sebagai rujukan dan panduan bagi insan yang memerlukan.

Terima kasih.

Yang Ikhlas,

M Haniff

0 comments:

  • Copyright © 2008-2009 Love N Care Worldwide Enterprise. All rights reserved.