Bermulanya Satu Sejarah



Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda serta muslimin muslimat yang di-rahmati Allah sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Taala di atas limpah kurnia rahmat serta ar-Rahim Nya maka kita sama-sama dapat menjalani ibadah seharian disamping menikmati kehidupan kita di alam dunia yang fana ini.

Terlalu banyak nikmat Allah kalau kita nak senaraikan di sini. Cukuplah satu saja kalau saya katakan nikmat yang paling2 berharga serta tiada nilainya (disamping nikmat iman) iaitu udara ataupun dalam bahasa sains nya dipanggil oksigen.
Cuba kita bayangkan sekiranya kita semua terpaksa membeli oksigen yang kita gunakan untuk bernafas ini sepertimana kita membeli petrol/diesel yang kita gunakan untuk menghidupkan enjin kenderaan kita? Kalaulah andai kata Allah Taala nak buat sistem bil macam bil api & air, nescaya saya pasti terlalu ramai manusia di dunia ini yang tak mampu untuk hidup.

Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan yang terluang ini untuk menyeru kepada kita semua terutama sekali diri saya yang serba kekurangan ini supaya kita kembali kepada jalan yang benar yakni jalan yang diredhai oleh Allahhu subhanahu wataala...

InsyaAllah!!!

0 comments:

  • Copyright © 2008-2009 Love N Care Worldwide Enterprise. All rights reserved.