Sarang Burung Alternatif Untuk Kesihatan

Tarikh 2006/5/5 15:09:05
KEASLIAN dan ketinggian makanan aksotik seperti sarang burung sememangya telah diakui sejak dahulu lagi. Selain sarang burung, makanan herba seperti tongkat ali, rumpai laut dan sebagainya dapat membantu kesihatan tubuh badan.

Namun begitu, khasiat makanan ini telah mula mendapat perhatian ramai terutamanya daripada masyarakat cina di mana mereka semangnya mengamalkan pengambilan makanan kesihatan yang dihasilkan daripada bahan semula jadi sejak turun temurun lagi.

Burung Layang-layang Gua juga dikenali sebagai Edible-nest Swiftlet atau dalam bahasa saintifiknya disebut sebagai Aerodramus fuciphagus. Burung ini sememangnnya merupakan antara burung yang begitu popular sekali untuk menghasilkan sarang burung selain daripada burung layang-layang walet.

Ramai yang mengeluh setelah mengetahui harga bagi sarang burung tersebut adalah mahal kerana mereka tidak tahu prosedur pemprosesan yang agak rumit sukar dan memerlukan penelitian yang lebih.

Sarang burung kaya dengan protein yang dapat membekalkan kalsium dan ion pada badan.
Kandungan protein yang tinggi yang terdapat dalam sarang burung ini mudah diserap ke dalam badan dan sekaligus dapat melancarkan lagi peredaran darah.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan sarang burung dapat membantu mengurangkan ketegangan pada tubuh badan serta membantu daya tahan melawan penyakit. Selain itu juga dengan memakan sarang burung ini, ianya dapat membantu meningkatkan peredaran darah, melegakan batuk-batuk, asma dan mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Sarang burung terhasil daripada burung layang-layang yang kebiasaannya boleh didapati di gua-gua seperti di Gua Batu Niah, Sarawak. Namun begitu sarang burung ini memerlukan lesen pemburuan di mana ianya merupakan haiwan terlindung.


Promosi sarang burung Gua Sarawak Asli:
http://lfi2ubn.blogspot.com/


Justeru itu, sarang burung ini telah dikutip oleh pengutip yang berlesen bagi mengelakkan populasinya menjadi semakin berkurangan dan disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sarang burung ini diperolehi daripada air liur burung layang-layang.


Proses penghasilannya merupakan satu kerja yang rumit terutamanya membabitkan kerja-kerja pembersihan bulunya yang mengambil masa yang agak lama.

Antara syarikat yang mengeluarkan sarang burung ini adalah Sinpiao (Borneo) Sdn. Bhd. yang terletak di Kuching, Sarawak. Syarikat ini diusahakan sejak tahun 1950-an lagi oleh keluarga Voons dan kini telah diambil alih oleh Chang San Moi dan suaminya. Syarikat ini telah menggunakan cara tradisional untuk menjalankan proses penghasilan produk sarang burung supaya hasil yang diperolehi nanti akan lebih bermutu tinggi dan berkualiti.

Selain mengeluarkan sarang burung, syarikat ini juga mengeluarkan produk-produk lain seperti sarang burung putih, sarang burung bashi, sarang burung layang-layang (emas)serta sarang burung merah, putih dan kuning.

Sarang burung putih ini boleh didapati di bahagian Selatan Kepulauan Asia.

Sarang burung ini mempunyai baka yang baik dan diusahakan di kawasan rumah. Haiwan ini mempunyai bilangan bulu putih yang sedikit dan lembut berbanding dengan sarang burung yang lain. Hal ini menyebabkannya menjadi sarang burung yang mempunyai kualiti yang terbaik.

Bagi sarang burung bashi pula, ianya boleh didapati di bahagian Selatan Asia dengan warna merah, kuning dan putih kekuningan di mana bulunya mempunyai kualiti yang baik. Selain menghasilkan sarang burung, syarikat ini juga mengeluarkan produk lain seperti akar lada liar.

Akar lada liar ini dapat diperolehi di hutan Sarawak yang boleh digunakan untuk mengubati sakit sendi tulang dan membuang angin badan.

Tongkat ali yang sememangnya mempunyai nama yang besar dalam industri tanaman herba
di negara ini turut mendapat tempat bagi syarikat ini di mana ianya boleh digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit.

Antara khasiat tongkat ali ini adalah membersihkan pundi kencing, menguatkan tenaga batin, menguatkan fungsi badan dan sebagainya.

Sememangnya makanan-makanan seperti ini dapat membekalkan tahap kesihatan yang baik kepada tubuh badan.

Selain memakan makanan yang berkhasiat, makanan tambahan seperti ini dapat membantu seseorang untuk memelihara badan daripada sebarang penyakit apatah lagi ianya menggunakan ramuan asli dalam pemprosesannya.

0 comments:

  • Copyright © 2008-2009 Love N Care Worldwide Enterprise. All rights reserved.